Nabila Razali

Nabila Razali
نبيلة رزالي
Nabila mengadakan persembahan pada Februari 2018.
Kelahiran
Nur Nabila binti Mohd Razali

(1992-11-13) 13 November 1992
PendidikanIjazah Sarjana Muda Senibina
Pusat pendidikan
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengacara
Tahun aktif2013—kini
PasanganNik Iruwan bin Dato' Nik Izani (k. 2023)
Anak-anak1
Ibu bapaShamsidah Abd Rahman (ibu)
Mohd Razali Mura (bapa)
Kerjaya muzik
Genre
Alat muzikVokal
Syarikat rakamanSeventeen Eleven Music (2016–2020)
Nabila Razali Entertainment (2020–kini)
Kegiatan berkaitanThe Lomas, Priscilla Abby, Keisya Levronka

Nur Nabila Mohd Razali (Jawi: نر نبيلة بنت محمة رزالي; lahir 13 November 1992) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Kerjayanya bermula selepas menyertai Akademi Fantasia musim ke-10 pada 2013 di mana beliau berjaya memenangi tempat kelima. Beliau terkenal dengan lagu "Katakan Saja" dan "Cemburu" yang mendapat sambutan, namun lebih dikenali menerusi lagu "Pematah Hati", juga mendapat sambutan positif, sekaligus menjadi penanda aras bagi kerjaya muziknya. Sebagai pelakon, beliau telah membintangi sejumlah siri drama televisyen dan telefilem. Antara kredit lakonan beliau ialah Hikayat Cinta Si Pematah Hati (2017), Pesan Pada Hati (2019) dan Seindah Tujuh Warna Pelangi (2020).