Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia
Dianugerahkan untuk "Persembahan pelakon wanita dalam watak pembantu sesebuah filem"
Diberikan  Perbadanan Kemajuan Filem Nasional
Negara Malaysia
Diperkenalkan pada 1980 (untuk persembahan filem pada 1979/1980)
Pemenang pertama Adibah Amin,
Adik Manja (FFM 1)
Kini dipegang oleh Elizabeth Tan,
Sheriff: Narko Integriti (FFM 33)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM merupakan salah satu anugerah yang dipertandingkan dalam Festival Filem Malaysia yang dianjurkan secara tahunan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang mengiktiraf pelakon wanita yang telah memberikan persembahan sokongan yang terbaik dalam filem. Pencalonan pelakon wanita dalam kategori ini telah ditentukan oleh juri-juri yang berpengalaman. Dalam mencari pemenang, pemenang tersebut ditentukan oleh kesepakatan juri-juri tersebut.

Anugerah ini setara dengan anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik yang diberikan kepada pelakon lelaki.