Elizabeth Tan

Elizabeth Tan
谭素美
Elizabeth pada 2016.
Kelahiran
Elizabeth Tan Su Mei

(1993-11-18) 18 November 1993
WarganegaraMalaysia
Nama lainLizzy
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • model komersial
  • pelakon
Tahun aktif2013–kini
Ketinggian5 ft 6.142 in (1.68 m)
PasanganSiew Jim (k. 2021)
SaudaraAndrew Tan (abang)
Kerjaya muzik
GenrePop, R&B
Alat muzikVokal
Syarikat rakamanWarner Music Malaysia
Kegiatan berkaitanFaizal Tahir, Aziz Harun

Elizabeth Tan Su Mei (谭素美; lahir 18 November 1993) yang dikenali sebagai Elizabeth Tan dan juga Lizzy ialah seorang penyanyi, model dan pelakon wanita Malaysia. Elizabeth memulakan kerjaya muziknya dengan menghasilkan single "Knock Knock" (2014), "Setia" menampilkan Faizal Tahir (2015) dan "Tabah" (2016). Selain itu, beliau memulakan kerjaya lakonan menerusi filem Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium (2015) arahan Shy8. Bakatnya dalam bidang muzik turut mendapat pengiktirafan apabila dinobatkan sebagai Artis Baharu Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2015.