Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia
| Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia | |
| Dianugerahkan untuk | "Persembahan pelakon lelaki dalam watak pembantu sesebuah filem" |
| Diberikan | Perbadanan Kemajuan Filem Nasional |
| Negara | Malaysia |
| Diperkenalkan pada | 1980 (untuk persembahan filem pada 1979/1980) |
| Pemenang pertama | Mahmud June, Sumber Ilhamku (FFM 1) |
| Kini dipegang oleh | Jack Tan, Abang Adik (FFM 33) |
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM merupakan salah satu anugerah yang dipertandingkan dalam Festival Filem Malaysia yang dianjurkan secara tahunan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang mengiktiraf pelakon lelaki yang telah memberikan persembahan sokongan yang terbaik dalam filem. Pencalonan pelakon lelaki dalam kategori ini telah ditentukan oleh juri-juri yang berpengalaman. Dalam mencari pemenang, pemenang tersebut ditentukan oleh kesepakatan juri-juri tersebut.
Anugerah ini setara dengan anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik yang diberikan kepada pelakon wanita.