Pegawai Udara
Pegawai udara (air officer) ialah kumpulan pegawai tinggi tentera udara yang berpangkat Komodor Udara ke atas. Pegawai sedemikian boleh di panggil "pegawai tinggi udara". Walaupun istilah itu berasal dari Royal Air Force, pegawai udara juga boleh didapati di banyak negara Komanwel yang mempunyai struktur pangkat yang sama dengan RAF.
Air officer yang memegang lantikan pemerintah menerima gelaran Air Officer Commanding atau AOC (Panglima Udara), manakala air officer memegang jawatan Commander-in-Chief bergelar Air Officer Commanding-in-Chief atau AOC-in-C (Panglima Udara Tertinggi).