Pegawai Pesawat
| Pegawai Pesawat Flying Officer | |||
| |||
| Negara | United Kingdom | ||
| Cabang perkhidmatan | Tentera Udara Diraja | ||
| Kumpulan pangkat | Pegawai muda | ||
| Singkatan | Fg Off/FGOFF | ||
| Diperkenalkan | 1 April 1918 | ||
| Persamaan NATO |
OF-1 | ||
| Pangkat tinggi seterusnya | Flait Leftenan
| ||
| Pangkat rendah seterusnya | |||
| Persamaan pangkat tentera laut | Leftenan Madya (RN) | ||
| Persamaan pangkat tentera darat/marin | Leftenan (TD/RM) | ||
Pegawai Pesawat (Flying Officer atau Fg Off dalam RAF dan IAF; FLGOFF dalam RAAF; FGOFF dalam RNZAF; kadang kala F/O dalam semua cabang perkhidmatan dan masih digunakan dalam RAF) ialah pangkat pegawai muda dalam Tentera Udara Diraja dan tentera udara banyak negara yang mempunyai pengaruh sejarah British. Ia juga kadang kala digunakan sebagai terjemahan bahasa Inggeris yang setaraf dengan pangkat di negara-negara yang mempunyai struktur pangkat spesifik tentera udara bukan Inggeris. Dalam kes ini Pegawai Pesawat biasanya berkedudukan atas Pegawai Juruterbang dan berada dibawah Flait Leftenan.
Ia mempunyai kod pangkat OF-1 NATO dan setaraf dengan Leftenan dalam Tentera Darat British atau Marin Diraja. Namun, ia tinggi sedikit dari pangkat sepadan Leftenan Madya dalam Tentera Laut Diraja.
Pangkat setaraf dalam Women's Auxiliary Air Force ialah "pegawai seksyen".