Pedas

Pedas merupakan suatu jenis rasa kuat, tajam dan "panas" yang khusus didapati dalam pengambilan bahan tertentu seperti cili, lada, biji sawi dan rempah-ratus lain yang seumpama. Rasa atau tahap kepedasan ini terhasil daripada kepekaan dan tindak balas kulit dan membran badan terhadap bahan kimia tertentu (seperti piperina pada lada hitam atau kapsaisin pada buah cili) yang merangsang saraf trigeminus serta titik somatoderia mendatangkan suatu rasa seakan "panas membakar" atau "pijar" sekaligus dengan rasa-rasa umum lain.

Rasa pedas ini boleh diukur menggunakan Skala Scoville.