Bahasa-bahasa Formosa


Bahasa-bahasa Formosa
Taburan
geografi:
Taiwan
Klasifikasi bahasa:Austronesia
Pembahagian:
  • Tsouik
  • Dataran Rendah Barat
  • Formosa Barat Laut
  • Atayalik
  • Formosa Timur
  • Bahasa Bunun
  • Bahasa Rukai
  • Bahasa Puyuma
  • Bahasa Paiwan
ISO 639-5:fox

Bahasa-bahasa Formosa, juga dikenali sebagai Bahasa-bahasa Taiwan, dalam cabang rumpun Austronesia dituturkan penduduk peribumi Austronesia pulau Taiwan atau Formosa nama lamanya. Cabang ini terdiri dari sembilan persepuluh pecahan utama rumpun tersebut menurut pakar bahasa Robert Blust, hanya satu cabang lainnya membentuk hampir 1,200 buah jenis bahasa (termasuk bahasa Melayu) yang ditemukan di luar pulau ini. Meskipun para pakar bahasa tidak setuju dengan beberapa rincian analisis Blust, suatu kesepakatan umum diputuskan menyimpul bahawa bahasa-bahasa Austronesia berasal dari Taiwan. Teori ini diperkuat oleh kajian genetik populasi manusia terbaru.

Penduduk pribumi Taiwan (yang diakui pemerintah) sekarang terdiri dari sekitar 2% dari populasi pulau itu. Namun, hanya sedikit yang masih bisa menuturkan bahasa nenek moyang mereka setelah berabad-abad terjadi pergeseran bahasa. Dari sekitar 26 bahasa penduduk pribumi Taiwan, sedikitnya sepuluh bahasa telah pupus, empat atau lima bahasa lain hampir pupus, dan beberapa bahasa lain dalam beberapa tingkat terancam.