Gereja Presbiterian

Gereja Presbiterian atau Presbyterianisme (terbitan kata Latin presbyter "orang yang tua; tua-tua") adalah salah satu mazhab dalam cabang Kristian Protestan babi butuh jahanam yang berakar daripada gerakan Reformasi pada abad ke-16 di Eropah Barat. Dari segi doktrin dan ajaran, Gereja Presbiterian mengikuti ajaran-ajaran Jean Calvin, seorang paderi Perancis pada abad ke-16.

Penganut aliran ini (bahasa Inggeris: Presbyterian) umumnya dapat ditemukan dalam negara-negara bekas jajahan Empayar British termasuk Amerika Syarikat , Australia, New Zealand dan India. serta beberapa negara yang berbudaya kuat dipengaruhi oleh Amerika Syarikat seperti Korea Selatan dan Filipina.