Paus Leo XIII

Paus
Leo XIII
Uskup Rom
Kepausan bermula20 Februari 1878
Kepausan tamat20 Julai 1903
PendahuluPius IX
PenggantiPius X
Tahbisan
Pentahbisan imamat31 Disember 1837
Pentahbisan episkopal19 Februari 1843
Dilantik sebagai kardinal19 Disember 1853
Butiran peribadi
Nama lahirVincenzo Gioacchino Raffaele Luigi Pecci
Kelahiran2 Mac 1810
Carpineto Romano,
département Rom, Kekaisaran Prancis
Meninggal dunia20 Julai 1903
(umur 93)
Istana Apostolik,
Roma, Kerajaan Itali
Tandatangan
Lambang kebesaran
Paus lain bernama Leo

Paus Leo XIII (2 Mac 1810 - 20 Julai 1903) dilahirkan sebagai Vincenzo Giocchino Raffaele Luigi Pecci adalah Paus ke-257 yang mengetuai Gereja Katolik Rom, dari tahun 1878 ke 1903. Beliau menggantikan Paus Pius IX. Paus Leo memegang jawatan ini sehingga berumur 93 tahun. Beliau terkenal dengan keintelektualnya terutama dalam membangunkan ajaran sosial Rerum Novarum dan cubaan beliau untuk mentakrif semula peranan Gereja dalam pemikiran moden. Beliau adalah Paus tertua dan kedua terlama memegang jawatan sebagai paus selepas Ioannes Paulus II. Beliau juga dikenali sebagai "Paus untuk Para Pekerja."

Beliau juga Paus pertama yang dirakam penampilannya dalam kamera filem rekaan W. K. Dickson pada 1898, malah barangkali orang paling awal kelahirannya yang muncul dalam filem; beliau dirakam mengucap bertanda ( ignum crucis) ke atas kamera yang merakam.