Pasukan bola sepak kebangsaan Norway
| Gelaran | Løvene (Singa) | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Persatuan | Norges Fotballforbund (NFF) | |||||||
| Konfederasi | UEFA (Eropah) | |||||||
| Ketua jurulatih | Ståle Solbakken | |||||||
| Kapten | Martin Ødegaard | |||||||
| Kaps terbanyak | John Arne Riise (110) | |||||||
| Penjaring terbanyak | Erling Haaland (38) | |||||||
| Stadium tuan rumah | Stadium Ullevaal | |||||||
| Kod FIFA | NOR | |||||||
| Kedudukan FIFA | 38 ▲ 5 (3 April 2025) | |||||||
| Kedudukan tertinggi FIFA | 2 (Oktober 1993, Julai–Ogos 1995) | |||||||
| Kedudukan terendah FIFA | 88 (Julai 2017) | |||||||
| Kedudukan Elo | 37 ▲ 1 (21 Jun 2024) | |||||||
| Kedudukan tertinggi Elo | 6 (Jun 2000) | |||||||
| Kedudukan terendah Elo | 91 (Mei–Jun 1976) | |||||||
| ||||||||
| Antarabangsa pertama | ||||||||
| Sweden 11–3 Norway (Gothenburg, Sweden; 12 Julai 1908) | ||||||||
| Kemenangan terbesar | ||||||||
| Norway 12–0 Finland (Bergen, Norway; 28 Jun 1946) | ||||||||
| Kekalahan terbesar | ||||||||
| Denmark 12–0 Norway (Copenhagen, Denmark; 7 Oktober 1917) | ||||||||
| Piala Dunia | ||||||||
| Kemunculan | 3 (Kali pertama pada 1938) | |||||||
| Keputusan terbaik | Pusingan 16 (1938, 1998) | |||||||
| Piala Eropah UEFA | ||||||||
| Kemunculan | 1 (Kali pertama pada 2000) | |||||||
| Keputusan terbaik | Peringkat kumpulan (2000) | |||||||
Anugerah
| ||||||||
| Tapak sesawang | fotball.no | |||||||
Pasukan bola sepak kebangsaan Norway (Norway: Norges herrelandslag i fotball, atau secara tidak rasmi Landslaget) mewakili Norway dalam acara bola sepak antarabangsa lelaki, dan dikawal oleh Persatuan bola sepak Norway, badan induk bagi bola sepak di Norway. Padang tuan rumah Norway ialah Stadium Ullevaal di Oslo dan ketua jurulatih mereka ialah Ståle Solbakken. Norway telah mengambil bahagian tiga kali dalam Piala Dunia FIFA (1938, 1994, 1998), dan sekali dalam Piala Eropah UEFA (2000).
Norway adalah satu daripada empat pasukan kebangsaan dengan rekod kemenangan menentang Brazil, dan satu-satunya pasukan bersama Senegal yang tidak pernah kalah menentang mereka, dengan dua kemenangan dan dua seri dalam tiga perlawanan persahabatan (pada 1988, 1997 dan 2006) dan perlawanan peringkat kumpulan dalam Piala Dunia 1998.
Selepas Euro 2000, pasukan kebangsaan telah tersingkir dalam 12 kelayakan berturut-turut ke kejohanan antarabangsa utama (Euro UEFA dan Piala Dunia FIFA) setakat Disember 2024.