Martin Ødegaard
|
Ødegaard bersama Arsenal pada 2022 | |||
| Maklumat peribadi | |||
|---|---|---|---|
| Nama penuh | Martin Ødegaard | ||
| Tarikh lahir | 17 Disember 1998 | ||
| Tempat lahir | Drammen, Norway | ||
| Ketinggian | 1.78 m (5 ka 10 in) | ||
| Posisi permainan | Pemain tengah | ||
| Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Arsenal | ||
| Nombor | 8 | ||
| Kerjaya remaja | |||
| 2005–2009 | Drammen Strong | ||
| 2009–2014 | Strømsgodset | ||
| Kerjaya Senior* | |||
| Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
| 2013 | Strømsgodset 3 | 11 | (4) |
| 2013–2014 | Strømsgodset 2 | 5 | (1) |
| 2014–2015 | Strømsgodset | 23 | (5) |
| 2015–2017 | Real Madrid Castilla | 58 | (5) |
| 2015–2021 | Real Madrid | 8 | (0) |
| 2017–2018 | → Heerenveen (pinjam) | 38 | (2) |
| 2018–2019 | → Vitesse (pinjam) | 31 | (8) |
| 2019–2020 | → Real Sociedad (pinjam) | 31 | (4) |
| 2021 | → Arsenal (pinjam) | 14 | (1) |
| 2021– | Arsenal | 118 | (31) |
| Pasukan kebangsaan‡ | |||
| 2013 | Norway B15 | 2 | (0) |
| 2013–2014 | Norway B16 | 6 | (0) |
| 2014 | Norway B17 | 4 | (0) |
| 2014–2018 | Norway B21 | 18 | (5) |
| 2014– | Norway | 61 | (3) |
|
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23:54, 21 Disember 2024 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23:01, 9 September 2024 (UTC) | |||
Martin Ødegaard (lahir 17 Disember 1998) ialah pemain bola sepak profesional Norway yang beraksi di posisi pemain tengah dan berperanan sebagai kapten pasukan untuk kelab Arsenal dan juga pasukan kebangsaan Norway. Dianggap sebagai antara pemain tengah terbaik dunia, beliau dikenali dengan kemahiran teknik, kebolehan menggelecek, visi dan hantaran bolanya.
Ødegaard memulakan kariernya pada usia 15 tahun iaitu pada tahun 2014 apabila beliau bermain untuk Strømsgodset; beliau telah menghasilkan rekod Tippeligaen sebagai penjaring gol termuda. Pada tahun 2015, kelab Real Madrid telah mengikat beliau dengan perpindahan awal bernilai €4 juta (Kr. 35 juta), apabila beliau meletakkan rekod sebagai pemain termuda kelab. Apabila beliau jarang merebut peluang untuk bermain, beliau telah dipinjamkan ke Heerenveen, Vitesse dan Real Sociedad. Di Sociedad, beliau memenangi Copa del Rey pada tahun 2019. Seterusnya, beliau dipinjamkan ke Arsenal pada tahun 2021 dengan perpindahan awal bernilai £30 juta (€35 juta). Selepas menempuh satu musim yang cemerlang bersama Arsenal, beliau diumumkan sebagai kapten pasukan secara rasmi pada tahun 2022.
Ødegaard telah melakukan debut bersama Norway pada tahun 2014 iaitu sewaktu beliau berusia 15 tahun. Perkembangan ini menjadikan beliau pemain termuda Norway serta menjadi pemain termuda untuk beraksi di perlawanan kelayakan Kejohanan Eropah. Beliau menyandang jawatan kapten pasukan Norway pada Mac 2021.