Perjanjian 20 Perkara Sabah
| Sebahagian daripada Pembentukan Malaysia | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Peristiwa | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Portal Malaysia | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Perjanjian 20 Perkara atau Memorandum 20 Perkara ialah senarai 20 perkara yang dibuat oleh Borneo Utara (kini dikenali sebagai Sabah), mengusulkan syarat-syarat untuk Borneo Utara bersama-sama dengan Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, dan Singapura membentuk persekutuan Malaysia, pada 16 September 1963 sebagai negeri Sabah. Penerimaan perkara-perkara ini berbeza-beza, ada yang dimasukkan dalam Perlembagaan Malaysia dan ada yang cuma diterima secara lisan sahaja. Perjanjian 20 perkara itu sering menjadi tumpuan di kalangan mereka yang berpendapat bahawa hak-hak Sabah dalam Persekutuan telah terhakis dari masa ke masa.