Blok Borneo

Blok Borneo merupakan sebuah visi dalam membentuk gabungan politik antara parti-parti politik yang berada di Sabah dan Sarawak melalui Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Perubahan landskap politik di Sabah dan Sarawak pada Pilihan Raya Umum-14 yang menunjukkan peningkatan dalam sokongan terhadap parti tempatan seperti di Sabah dan di Sarawak membawa kepada idea pembentukan blok pakatan ini (GPS pada 2018, dan GRS pada 2020). Oleh itu, visi dalam membentuk Blok Borneo merupakan sebuah impian yang ingin direalisasikan daripada parti-parti politik Malaysia Timur yang terdiri daripada parti politik Sabah dan Sarawak. Blok ini pertama kali dicetuskan oleh Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Jeffrey Kitingan pada tahun 2018, bersama dengan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), mendiang James Jemut Masing (Bul, 2022) .