Parasite (filem 2019)
| Parasite | |
|---|---|
| Hangul | 기생충 |
| Hanja | 寄生蟲 |
| Revised Romanization | gisaengchung |
| McCune–Reischauer | kisaengch'ung |
| Pengarah | Bong Joon-ho |
| Lakon layar |
|
| Cerita oleh | Bong Joon-ho |
| Dihasilkan oleh |
|
| Dibintangi | |
| Sinematografi | Hong Kyung-pyo |
| Disunting oleh | Yang Jin-mo |
| Muzik oleh | Jeong Jae-il |
Syarikat penerbitan | Barunson E&A Corp |
| Diedarkan oleh | CJ Entertainment (Korea Selatan) |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 132 minit |
| Negara | Korea Selatan |
| Bahasa | Korea |
| Bajet | ₩13.5 billion (~US$11 million) |
| Pecah panggung | $126.4 million |
Parasite (Korea: 기생충; Hanja: 寄生蟲; RR: Gisaengchung) ialah sebuah filem seram ngeri komedi hitam dari Korea Selatan yang diarahkan oleh Bong Joon-ho, yang juga menulis cerita filem itu dan menulis bersama dengan Han Jin-won. Dibintangi oleh Song Kang-ho, Lee Sun-kyun, Cho Yeo-jeong, Choi Woo-shik dan Park So-dam, filem ini mengisahkan sebuah keluarga miskin yang melakukan penipuan dengan menyamar sebagai individu-individu tanpa sebarang pertalian yang serba berkelayakan untuk menjadi pembantu rumah kepada sebuah keluarga golongan atasan.
Tayangan perdana sedunia Parasit diadakan di Festival Filem Cannes 2019 pada 21 Mei 2019, di mana ia menjadi filem Korea pertama yang memenangi Palme d'Or, dan filem pertama berbuat demikian dengan undian sebulat suara sejak filem Blue Is the Warmest Colour dari 2013. Filem ini dikeluarkan di Korea Selatan oleh CJ Entertainment pada 30 Mei 2019, kemudian ditayangkan di seluruh dunia oleh syarikat Neon pada akhir 2019. Ia menerima pujian kritis yang meluas dan merupakan kejayaan komersial yang mengutip lebih daripada AS$ 126.4 juta di seluruh dunia, sekali gus menjadi pelepasan tertinggi Bong dan filem dengan kutipan ke-19 tertinggi di Korea Selatan.
Filem ini telah memenangi banyak anugerah, terutamanya empat anugerah utama di Anugerah Akademi ke-92 untuk kategori-kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Asal Terbaik dan Filem Cetera Antarabangsa Terbaik. Ia menjadi filem Korea Selatan pertama yang menerima pengiktirafan dari Anugerah Akademi dan juga filem bukan berbahasa Inggeris pertama yang memenangi Filem Terbaik. Di Anugerah Golden Globe ke-77, ia memenangi anugerah untuk Filem Bahasa Asing Terbaik. Ia mendapat empat pencalonan di Anugerah Filem Akademi British Terbaik, memenangi Filem Bukan Berbahasa Inggeris Terbaik dan Lakon Layar Asal Terbaik. Ia juga filem bukan berbahasa Inggeris pertama yang memenangi Anugerah Screen Actors Guild untuk Persembahan Cemerlang Barisan Pelakon dalam Filem.