Bong Joon-ho
Bong Joon-ho | |
|---|---|
| Kelahiran | 14 September 1969 Daegu, Korea Selatan |
| Pekerjaan |
|
| Parti politik | Parti Progresif Baru |
| Nama Korea | |
| Hangul | |
| Hanja | |
| Perumian Semakan | Bong Jun-ho |
| McCune–Reischauer | Pong Chunho |
Bong Joon-ho (Korea: 봉준호, sebutan bahasa Korea: [poːŋ tɕuːnho → poːŋdʑunho]; lahir 14 September 1969) ialah seorang pengarah dan penulis skrip Korea Selatan. Filem-filemnya termasuk hit Korea Selatan Memories of Murder (2003), berdasarkan daripada kisah benar kes pembunuhan bersiri, filem raksasa The Host (2006), dan filem berbahasa Inggeris pertamanya, filem pengembaraan cereka sains Snowpiercer (2013).
Para pemerhati industri filem Korea menggelarnya "Bong Tae-il", yang dibaca dalam bahasa Korea, kedengaran mirip dengan perkataan "detail". Meskipun beliau menyimpan faksinasi untuk bahan subjek yang kuat, filem-filemnya diisi dengan humor (kadangkala gelap) dan perubahan suasana hati yang drastik.