Negara Merdeka Croatia

Negara Merdeka Croatia
Nezavisna Država Hrvatska
1941–1945
Bendera Jata
Lagu kebangsaanLijepa naša domovino
Negara Merdeka Croatia pada 1942
StatusNegara boneka Jerman Nazi (1941–45)
Negeri naungan Kerajaan Itali (1941–43)
Ibu negaraZagreb
Bahasa yang umum digunakanCroatia
Agama
Roman Katolik dan Islam
KerajaanFasis satu parti totalitarian kediktatoran
Raja 
• 1941–1943
Tomislav II
Poglavnik 
• 1941–1945
Ante Pavelić
Perdana Menteri 
• 1941–1943
Ante Pavelić
• 1943–1945
Nikola Mandić
Era SejarahPerang Dunia II
10 April 1941
8 Mei 1945
Keluasan
1941115,133 km2 (44,453 bt2)
Populasi
• 1941
6966729
Mata wangNDH Kuna
Kod ISO 3166HR
Didahului oleh
Diganti oleh
Kingdom of Yugoslavia
Socialist Federal Republic of Yugoslavia
Sekarang sebahagian dari Bosnia dan Herzegovina
 Croatia
 Serbia
 Slovenia
*Aimone, Duke Spoleto menerima pelantikan pada 18 Mei 1941, turun takhta 31 Julai 1943 dan melepaskan semua tuntutan pada 12 Oktober 1943. Selepas itu, negara ini bukan lagi beraja secara teknikal. Ante Pavelić menjadi ketua negara, gelarannya sebagai pemimpin pergerakan Ustaše yang memerintah, "Poglavnik", secara rasminya menjadi gelaran ketua negara NDH.
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "region"

Negara Merdeka Croatia (Croatia: Nezavisna Država Hrvatska, NDH; Jerman: Unabhängiger Staat Kroatien; Itali: Stato Indipendente di Croazia) adalah sebuah negara boneka fasis Jerman dan Itali semasa Perang Dunia Kedua. Ia telah ditubuhkan di bahagian Yugoslavia yang diduduki pada 10 April 1941, selepas pencerobohan kuasa Paksi. Wilayahnya terdiri daripada kebanyakan Croatia moden dan Bosnia dan Herzegovina, serta beberapa bahagian Serbia moden dan Slovenia.

Semasa kewujudannya, NDH telah ditadbir sebagai sebuah negara satu parti oleh organisasi Ustaše fasis. Ustaše dipimpin oleh Poglavnik, Ante Pavelić. Rejim ini mensasarkan bangsa Serbia, Yahudi dan Romani sebagai sebahagian daripada kempen genosid besar-besaran, serta anti-fasis atau penentang Croat dan Muslim.

Antara tahun 1941–45, 22 buah kem tahanan wujud didalam wilayah yang dikawal oleh Negara Merdeka Croatia, dua di antaranya (Jastrebarsko dan Sisak) menempatkan kanak-kanak sahaja dan yang terbesar ialah Jasenovac.

Negara ini secara rasminya menjadi pemerintahan beraja selepas menandatangani Undang-Undang Mahkota Zvonimir pada 15 Mac 1941. Di tabalkan oleh Victor Emmanuel III dari Itali, Putera Aimone, Duke Aosta pada mulanya enggan menerima mahkota tersebut sebagai membantah pengilhakan Itali ke atas wilayah Dalmatia yang majoritinya diduduki orang Croat, diilhak sebagai sebahagian daripada agenda irredentis Itali mewujudkan Mare Nostrum ("Laut Kami"). Beliau kemudian secara singkat menerima takhta tersebut kerana mendapat tekanan dari Victor Emmanuel III dan diberi gelaran Tomislav II dari Croatia, tetapi tidak pernah berpindah dari Itali untuk menetap di Croatia.

Dari penandatanganan Persetiaan Rome pada 18 Mei 1941 hingga penyerahan Itali pada 8 September 1943, negara merdeka croatia adalah kondominium jajahan Jerman dan Itali. Dalam penghakimannya di Perbicaraan Tebusan, Tribunal Tentera Nuremberg menyimpulkan bahawa NDH bukan sebuah negara berdaulat. Menurut Tribunal, "Croatia was at all times here involved an occupied country".

Pada tahun 1942, Jerman mencadangkan Itali mengambil alih semua kawalan tentera Croatia kerana keinginannya untuk mengalihkan tentera Jerman dari Croatia ke Barisan Timur. Itali bagaimanapun menolak tawaran itu kerana ia percayai tidak mampu mengurus sendiri situasi tidak stabil di Balkan. Selepas penyingkiran Mussolini dan gencatan senjata Itali dengan pihak Sekutu, NDH pada 10 September 1943 mengisytiharkan bahawa Persetiaan Rome terbatal dan mengilhak bahagian Dalmatia yang sebelum ini diserahkan kepada Itali. NDH cuba mengilhak Zara, yang telah diakui wilayah Itali sejak tahun 1919 tetapi menjadi objek lama irredentisme Croatia, namun Jerman tidak membenarkannya.