Pak Pong

Pak Pong
PengarahFauzi Nawawi
PenulisFauzi Nawawi
Dihasilkan olehRaja Mohamad Ismail
Dibintangi
Disunting olehShamsul & Kenny
Syarikat
penerbitan
9 Country Creativity
Tarikh tayangan
  • 23 Februari 2017 (2017-02-23) (Malaysia)
Masa tayangan
120 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 35,000

Pak Pong merupakan sebuah filem drama fantasi Malaysia 2017 arahan Fauzi Nawawi terbitan 9 Country Creativity. Di dalam kerjaya sulungnya sebagai pengarah, Fauzi turut berkhidmat sebagai penulis skrip. Ia menampilkan barisan pelakon popular Malaysia seperti Hairul Azreen, Siti Saleha, Amber Chia, Marsha Milan Londoh, Eizlan Yusof dan Saiful Apek. Filem ini ditayangkan pada 23 Februari 2017. Penerbit filem ini, Raja Mohammad Mohd Ismail meninggal dunia pada 12 Julai 2017, lima bulan selepas Pak Pong ditayangkan.