Siti Saleha

Siti Saleha
سيتي صالحة
Siti Saleha 'Outstanding Asian Star' at Seoul International Drama Awards 2024
Kelahiran
Siti Saleha binti Mohd Baharum

(1990-03-14) 14 Mac 1990
Basildon,  Essex,  England,  United Kingdom
WarganegaraMalaysia
Nama lainSally
PendidikanDiploma Komunikasi Massa
Pekerjaan
Tahun aktif2002–kini
PasanganAhmad Lutfi Azhar (k. 2017; c. 2022)
Joshua Fitton (k. 2025)
Ibu bapa
  • Tracey Johnson/Aishah Rahman (ibu)
  • Mohd Baharum Abd Rahman (bapa)
HubunganSam Bunkface (abang)

Siti Saleha Mohd Baharum (lahir 14 Mac 1990) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjayanya dalam dunia peragaan dan komersial sejak berusia 12 tahun, seterusnya mula menempa nama menerusi drama bersiri Nora Elena (2011) bersama Aaron Aziz yang disiarkan di TV3. Siri tersebut mendapat sambutan hangat sehingga mencecah 1.3 juta penonton di laman Tonton.

Siti Saleha kemudiannya mencapai kejayaan komersial menerusi drama lakonannya termasuk Asmara Luna (2013), Ramadan Jangan Pergi (2014), Uda & Dara, 7 Hari Mencintaiku (kedua-duanya 2016), Mandatori (2017), Black (2019-2021), 7 Hari Mencintaiku 2 (2020), Hilang (2022) dan SeOfis (2024). Beliau telah membintangi beberapa filem termasuk Kerat 14, KL Zombi dan Balada Pencinta (ketiga-tiganya 2013), Mamak Cupcake dan Terbaik dari Langit (kedua-duanya 2014), Langit Cinta (2016) dan 7ujuh (2018). Beliau juga dikenali sebagai seorang yang bijak dalam pengendalian kewangannya selain daripada wajahnya yang menawan.