Ramasamy Palanisamy
P. Ramasamy PhD | |
|---|---|
| பேராசிரியர் ராமசாமி | |
| Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang | |
| Dalam jawatan Mac 2008 – Ogos 2023 Berkhidmat with Mohammad Fairus Khairuddin (2008-2009), Mansor Othman (2009-2013), Mohd Rashid Hasnon (2013-2018), Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman (2018-2023) | |
| Ketua Menteri | |
| Didahului oleh | Abdul Rashid Abdullah |
| Digantikan oleh | Jagdeep Singh Deo |
| Kawasan pilihan raya | Perai |
| Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang | |
| Dalam jawatan 2018–2023 | |
| Portfolio | Perancangan Ekonomi Negeri, Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi & Inovasi |
| Ketua Menteri | Chow Kon Yeow |
| Kawasan pilihan raya | Perai |
| Dalam jawatan 2013–2018 | |
| Portfolio | Perancangan Ekonomi Negeri, Pendidikan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi Dan Inovasi |
| Ketua Menteri | Lim Guan Eng |
| Kawasan pilihan raya | Perai |
| Dalam jawatan 2008–2013 | |
| Portfolio | Perancangan Ekonomi Negeri, Pendidikan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi |
| Ketua Menteri | Lim Guan Eng |
| Kawasan pilihan raya | Perai |
| Ahli Dewan Undangan Pulau Pinang bagi Perai | |
| Dalam jawatan 2008–2023 | |
| Didahului oleh | Rajapathy Kuppusamy |
| Digantikan oleh | Sundarajoo Somu |
| Majoriti |
|
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Batu Kawan | |
| Dalam jawatan Mac 2008 – Mei 2013 | |
| Didahului oleh | Huan Cheng Guan |
| Digantikan oleh | Kasthuriraani Patto |
| Majoriti | 9,381 |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Ramasamy a/l Palanisamy 10 Mei 1949 Sitiawan, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
| Parti politik | Bebas (sejak 2023) Parti Tindakan Demokratik (sehingga 2023) |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Bidang pengkhususan | Ahli akademik |
Prof. Dr. Ramasamy a/l Palanisamy (Tamil: பேராசிரியர் ராமசாமி; lahir 10 Mei 1949) ialah ahli politik dan ahli akademik Malaysia berketurunan India. Beliau merupakan mantan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang (2008-2023), mantan EXCO Pulau Pinang (2008-2023), mantan ADUN Perai selama tiga penggal (2008-2023) serta mantan Ahli Parlimen Batu Kawan selama sepenggal (2008-2013).
Prof. Dr. P. Ramasamy memainkan peran penting sebagai mediator dalam proses perdamaian antara Pemerintah Indonesia dan Gerakan Aceh Merdeka (GAM). Ia ikut terlibat dalam upaya menuju Perjanjian Helsinki 2005, yang mengakhiri konflik bersenjata selama puluhan tahun di Aceh. Atas kontribusinya terhadap perdamaian di Aceh, Wali Nanggroe Aceh memberikan Penghargaan Perdamaian kepada beliau pada Desember 2024
Sebelum menyertai politik, beliau berkhidmat sebagai Ahli Akademik Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan jawatan terakhir sebagai Profesor.