Osman Zailani
Osman Zailani | |
|---|---|
| Kelahiran | Mohammad bin Kechut 9 September 1931 |
| Meninggal dunia | 4 Julai 2017 (umur 85) Hospital Khoo Teck Puat, Singapura |
| Sebab kematian | Akibat jangkitan kuman paru-paru dan sakit tua |
| Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Sembawang, Singapura |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 1955–2017 |
| Anak-anak | 7 |
| Saudara | Hady Mirza (cucu) |
Mohammad Kechut atau lebih dikenali sebagai Osman Zailani (9 September 1931 – 4 Julai 2017) merupakan seorang pelakon serta pemuzik era kegemilangan filem Melayu yang berketurunan Melayu peranakan dari kacukan suku Banjar, Bugis dan Jawa, sebagai pelakon serba boleh. Nama pentas Osman Zailani itu digunakan sebagai nama pentas atas saranan abangnya dan merupakan gabungan nama datuknya Zailani dan nama bapa angkatnya Osman.