Orang Melayu Singapura
Perkahwinan Melayu Singapura | |
| Jumlah penduduk | |
|---|---|
| 545,498 13.5% daripada penduduk Singapura (2020) | |
| Kawasan ramai penduduk | |
| Woodlands, Tampines, Bedok, Jurong Barat | |
| Bahasa | |
| Melayu, Inggeris dan juga Bahasa Arab sebagai bahasa agamawi. | |
| Agama | |
| Terutamanya Islam 98.8% Minoriti: Kristian 0.6% • Tiada agama 0.4% • Lain-lain 0.2% | |
| Kumpulan etnik berkaitan | |
|
Orang Melayu Singapura, atau Melayu Temasik (Jawi: ملايو سيڠاڤورا) ialah penduduk asal di Tanah Besar Pulau Temasik (Singapura), kini terdiri daripada 15.4% dari penduduk masyarakat.
Semasa era kolonial, Stamford Raffles pada tahun 1819, orang Melayu adalah majoriti disana dengan anggaran jumlah penduduk 1,000. Catatan lain menyatakan, penduduk Temasik pada waktu tersebut ialah 120 orang Melayu, 30 orang Cina dan beberapa suku tempatan seperti Orang Laut. Walau bagaimanapun berlaku peningkatan imigran daripada India dan Cina semasa era perang dunia kedua.
Pada masa kini, orang Melayu Singapura aktif dalam semua bidang budaya dan masyarakat Singapura, dengan perwakilan bebas dalam bidang seperti media, politik dan sukan.