Orang Yunani Pontik

Laman ini mungkin lebih sesuai dipindahkan ke Orang Yunani Pontos
Orang Yunani Pontos
Έλληνες του Πόντου (Ρωμιοί)
Karadeniz Rumları
Salah satu bendera Pontik
Jumlah penduduk
s. 2,000,000 – 2,500,000
Kawasan ramai penduduk
 Greece368,000–500,000
 Georgia (negara)100,000
 Ukraine75,000+
 Rusia50,000+
 Kazakhstan10,000–12,000
 Uzbekistan10,000
 Armenia9,000
 Turki5,000–5,100
Bahasa
Kebanyakannya Moden dan Bahasa Yunani Pontik. Juga bahasa negara tempat tinggal masing-masing (termasuk Armenia, Georgia, Rusia, Turki dan Bahasa Urum)
Agama
Ortodoks Yunani Kristian, Ortodoks Kristian Rusia, Islam Sunni (kebanyakannya di Turki), mazhab-mazhab Kristian lain
Kumpulan etnik berkaitan
Kaum Cappadocia, Yunani Caucasia, Urum

Orang Yunani Pontos (Yunani Pontik: Ρωμαίοι, Ρωμιοί; Turki: Pontus Rumları atau Karadeniz Rumları; Yunani: Πόντιοι , Ελληνοπόντιοι) ialah cabang etnik Yunani asli wilayah Pontos, di timur laut Anatolia (Turki moden). Mereka berkongsi budaya Yunani Pontos lazim yang dicirikan oleh muzik, tarian, masakan dan pakaian. Tarian rakyat, seperti Serra (juga dikenali sebagai Pyrrhichios), dan alat muzik tradisional, seperti lyra Pontos, tetap penting kepada komuniti-komuniti diaspora Ponti. Orang Pontos mengikut tradisinya bercakap loghat Pontos, sejenis dialek Yunani moden yang telah berkembang secara terasing di wilayah sama.

Koloni-koloni Yunani terawal di wilayah Pontos bermula pada 700 SM, termasuk Sinope, Trapezus, dan Amisos. Koloni-koloni Yunani terus tersebar di pesisiran Laut Hitam (Euxeinos Pontos) antara zaman Arkaik dan Klasik. Kerajaan Pontos diilhakkan kuasa Rumawi pada tahun 63 SM, menjadi jajahan Rom dan kemudiannya wilayah Byzantium. Semasa abad ke-11 Masihi, Pontos menjadi sangat terasing dari seluruh dunia Yunani, berikutan penaklukan Saljuk ke atas Anatolia. Selepas pengepungan Kustantiniyah pada tahun 1203 dalam Perang Salib Keempat, Empayar Trebizond ditubuhkan di pesisiran Laut Hitam oleh cabang dinasti Komnenos, yang kemudiannya dikenali sebagai 'Komnenos Raya'. Anatolia, termasuk Trebizond, akhirnya habis ditawan Uthmaniyah pada abad ke-15 Masihi. Ramai orang Yunani tinggal di Pontos semasa zaman moden awal sehinggalah abad ke-20, apabila, selepas genosid orang Yunani Pontos dan pertukaran penduduk pada tahun 1923 dengan Turki, orang Yunani Pontos kebanyakannya telah berhijrah ke Yunani dan sekitar rantau Kaukasus termasuk ke negara Georgia.

Hari ini, kebanyakan orang Yunani Pontos tinggal di rantau utara semenanjung Yunani Utara terutamanya dalam dan sekitar Thessaloniki di Makaduniah. Mereka yang di selatan Rusia, Ukraine dan Kirim sering digelarkan "orang [Yunani] Pontos Utara", berbeza dengan mereka dari "Pontos Selatan", yang dianggap sebagai Pontos sebenar. Mereka dari Georgia, timur laut Anatolia, dan bekas Caucasus Rusia dalam kalangan akademik Yunani kontemporari sering dirujuk sebagai "orang [Yunani] Pontos Timur" atau Yunani Caucasia. Orang Urum Ortodoks Yunani yang berbahasa Turkik termasuk dalam kumpulan ini juga. Selain asal usul mereka yang kebanyakannya Yunani, mereka juga berkemungkinan mempunyai darah yang datang daripada beberapa punca berbeza.