Bahasa Yunani Pontus
- Laman ini mungkin lebih sesuai dipindahkan ke Bahasa Yunani Pontos
| Bahasa Yunani Pontos | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| ποντιακά, ρωμαίικα | |||||||
| Kawasan | asalnya Pontos di pesisi Laut Hitam; Yunani, Rusia, Georgia dan Turki | ||||||
| Etnik | Orang Yunani Pontik | ||||||
Penutur bahasa | 778,000 (2009–2015) | ||||||
| Dialek/loghat |
| ||||||
| Yunani, Rumi, Cyril | |||||||
| Kod bahasa | |||||||
| ISO 639-3 | pnt | ||||||
| Glottolog | pont1253 | ||||||
| ELP | Pontic | ||||||
| Linguasphere | 56-AAA-aj | ||||||
Bahasa Yunani Pontik dikelaskan sebagai Pasti Terancam oleh Atlas Bahasa-bahasa Dunia yang Terancam UNESCO (2010) | |||||||
Bahasa Yunani Pontos (Ποντιακά, rumi: Pontiaka; juga Ρωμαίικα, rumi: Rhomaiika, Turki: Rumca atau Romeika) ialah sebuah dialek bahasa Yunani yang dituturkan di wilayah Pontos pesisir selatan Laut Hitam di timur laut Anatolia serta wilayah Turki Timur dan Kaukasus. Ia dialek Yunani yang terancam, dituturkan oleh kaum Pontos kira-kira 778,000 orang di seluruh dunia.
Seperti hampir semua dialek Yunani yang dituturkan hari ini, dialek Pontos mempunyai susur galur daripada Koine Yunani berasaskan dialek Attika–Ionia dan kemudian berkembang menjadi Yunani Byzantium pada Zaman Pertengahan. Selepas terasing dari seluruh dunia Yunani kerana muka bumi, bahasa Yunani Pontos terus berkembang secara berasingan bersama-sama dialek-dialek Yunani Anatolia yang lain, seperti Yunani Kapadokia, dari abad ke-11 dan seterusnya. Akibatnya, loghat Pontos sukar difahami berbanding loghat-loghat mendekati bahasa Yunani Demotik baku yang dituturkan di tanah besar Yunani hari ini. Loghat ini juga mengandungi pengaruh daripada bahasa Rusia, Turki, Kartveli (iaitu Bahasa Laz dan Georgia) dan Bahasa Armenia.
Hari ini, orang Pontos kebanyakannya tinggal di Utara Yunani berikutan pertukaran penduduk pada tahun 1923 sesama orang Yunani dan Turki. Daripada kesemua penduduk mereka, sekitar 200,000–300,000 dianggap sebagai penutur bahasa Yunani Pontos aktif. Bahasa Yunani Pontos juga dituturkan di Turki, Rusia, Georgia, Armenia, dan Kazakhstan, serta oleh diaspora Pontos. Ia masih dituturkan di poket-poket wilayah Pontos , kebanyakannya oleh orang Islam Yunani Pontos di daerah timur Wilayah Trabzon. Bahasa Yunani Pontos banyak ditulis dalam tulisan Yunani; tulisan Rumi digunakan sedikit-sedikit di Turki, manakala abjad Cyril digunakan di Rusia dan negara-negara bekas Soviet secara jarang.