Orang Melayu Minangkabau

Orang Melayu Minangkabau
Urang Melayu Minangkabau
اورڠ ملايو مينڠكاباو
Jumlah penduduk
989,000
Kawasan ramai penduduk
Kebanyakannya di Semenanjung Melayu
Bahasa
Majoriti: Melayu
Minoriti: Minangkabau
Agama
Islam
Kumpulan etnik berkaitan
Melayu Malaysia, Melayu Singapura, dan Pribumi Indonesia

Orang Melayu Minangkabau ialah sebuah suku anak Melayu Dagang di Semenanjung Melayu yang asal usul nenek moyangnya berasal dari Minangkabau di tengah Sumatera. Ini termasuk orang yang lahir di Malaysia yang berketurunan Minangkabau dan juga orang Minangkabau yang telah berhijrah ke Malaysia. Kini, Minangkabau terdiri daripada kira-kira 989,000 orang di Malaysia, dan undang-undang Malaysia mengira kebanyakan dari mereka sebagai Melayu. Mereka adalah majoriti di kawasan bandar, yang secara tradisinya mempunyai pendidikan tertinggi dan semangat keusahawanan yang kuat. Sejarah penghijrahan Minangkabau ke semenanjung Melayu telah direkodkan berlangsung sangat lama. Ketika alat pengangkutan masih menggunakan kapal dengan menyusuri sungai dan menyeberangi selat, ramai orang Minang berhijrah ke pelbagai wilayah seperti Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, Kedah, Perak, dan Pahang. Beberapa sarjana menyatakan bahawa kedatangan Minangkabau ke Semenanjung Tanah Melayu berlaku pada abad ke-12. Mereka berpindah ke semenanjung pada kemuncak Kesultanan Melaka, dan mengekalkan Adat Perpatih sistem persaudaraan matrilineal di Negeri Sembilan dan utara Melaka .

Malaysia mempunyai penduduk Minangkabau Perantauan terbesar di luar Indonesia dan hubungan antara masyarakat Minangkabau di kedua-dua negara kekal rapat. Pada tahun 2014, Pertubuhan Jaringan Masyarakat Minangkabau Malaysia di Kuala Lumpur telah ditubuhkan untuk mewakili masyarakat Minangkabau di negara ini, walaupun kebanyakannya diwakili oleh Minangkabau di Selangor dan Kuala Lumpur manakala orang-orang Negeri Sembilan, Talu dan Rawa mengekalkan persatuan mereka sendiri.