Tanah Tinggi Minangkabau

Tanah Tinggi Minangkabau ialah sebuah kawasan pergunungan di Sumatera Barat yang dikelilingi tiga buah gunung (Gunung Marapi, Gunung Singgalang, dan Gunung Sago) di tengah-tengah Sumatra, Indonesia. Ia ialah tempat asal untuk Orang Minangkabau yang merujuk kepadanya sebagai Alam Minangkabau. Kawasan ini membentuk sebuah kerajaan yang dikenali sejak sekurang-kurangnya abad ke-7 sebagai Malayu.

Berkemungkinan bahawa penanaman beras bersawah berkembang di tanah tinggi ini lama sebelum ia muncul di bahagian-bahagian lain di Sumatera dan mendahului kemasukan pengaruh luar. Prasasti di kawasan itu telah ditemukan berasal dari zaman pemerintahan Adityavarman (1347-1375). Orang Belanda mula mengeksploitasi rizab emas di tanah tinggi ini dalam tahun 1680-an. Mereka telah menguasai perdagangan di kawasan itu, menyekat hubungan cawang-cawang perdagangan antara tanah tinggi dan pelabuhan di pantai antara 1820 dan 1899, lantas mendorong kejatuhan dalam pengeluaran beras yang ketara. Tanah tinggi ini terdiri daripada tiga lembah utama: Lembah Tanah Datar, Lembah Agam dan Lembah Limapuluh.

Kampung Belimbing di Tanah Tinggi terkenal dengan contoh seni bina Minangkabau masih kekal.