Konflik Selatan Lubnan 1978

Konflik Selatan Lubnan 1978
Sebahagian daripada Konflik Arab-Israel dan Konflik Israel-Lubnan
Tarikh14 Mac–21 Mac, 1978
Lokasi
Selatan Lubnan
Keputusan

Kemenangan tentera Israel

  • Pengunduran PLO dari selatan Lubnan
Pihak yang terlibat
Israel Fail:Plo emblem.png PLO
LNM
Kekuatan
25,000 10,000
Kerugian dan korban
20 terbunuh 1,100–2,000 terbunuh

Konflik Selatan Lubnan 1978 (nama kod Operasi Litani oleh Israel) adalah satu serangan ke atas Lubnan sehingga ke Sungai Litani yang dilakukan oleh Pasukan Pertahanan Israel pada tahun 1978. Ia merupakan satu kejayaan untuk Pasukan Pertahanan Israel, apabila berjaya mengundurkan PLO ke utara Sungai Litani. Walau bagaimanapun, bantahan dari kerajaan Lubnan menyebabkan penubuhan pasukan pengaman UNIFIL dan pengunduran separa oleh pihak Israel.