Opah (watak)

Opah
Watak Upin & Ipin, Geng: Pengembaraan Bermula, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal
Disuarakan oleh Hajah Ainon Ariff
Maklumat
SpesiesManusia
JantinaPerempuan
KeluargaRos (cucu perempuan)
Upin (cucu lelaki)
Ipin (cucu lelaki)
Kewarganegaraan Malaysia

Opah ialah sebuah watak dalam cereka animasi Upin & Ipin. Ia berperanan sebagai nenek kepada watak utama, Upin, Ipin dan kakak mereka, Ros. Watak Opah turut muncul dalam filem animasi, Geng: Pengembaraan Bermula dan Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal.