Nurul Syazwani Noh
Nurul Syazwani Noh | |
|---|---|
| Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Permatang | |
| Menyandang jawatan 12 Ogos 2023 | |
| Didahului oleh | Rozana Zainal Abidin (PH–PKR) |
| Majoriti | 1,728 (2023) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Nurul Syazwani binti Noh 1988 (umur 36–37) Malaysia |
| Kewarganegaraan | Malaysia |
| Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) (–2023) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) (sejak 2023) |
| Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) (–2023) Perikatan Nasional (PN) (sejak 2023) |
| Pasangan | Hisyam Hedzril Nor Hashim (k. 2014) |
| Pertalian | Mohd Jusnaidi Omar (bapa saudara) Muhammad Nur Isyraff (adik sedara) |
| Anak | 4 (termasuk Qal Qadri) |
| Ibu bapa | Noh Omar (bapa) Aishah Salleh (ibu) Nooraisha Farizan (ibu tiri) Sulaiman Abdul Razak (bapa tiri) |
| Tempat belajar | Brickfields Asia College (Sijil Amalan Guaman) Universiti Teknologi MARA (Ijazah Sarjana Muda Undang-undang) Universiti Victoria, Australia (Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan) Universiti MAHSA (Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Pentadbiran Perniagaan) |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Bidang pengkhususan | Peguam |
Nurul Syazwani binti Noh (lahir 1988) merupakan seorang ahli politik dan peguam Malaysia yang berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi Permatang sejak Ogos 2023. Beliau merupakan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), salah satu parti komponen Perikatan Nasional (PN), dan merupakan bekas ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti komponen Barisan Nasional (BN). Beliau memegang jawatan sebagai Ketua Biro Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Perpaduan PN negeri Selangor serta Ketua Wanita Muda Bahagian BERSATU Tanjong Karang, dan pernah menjadi Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO. Nurul Syazwani juga merupakan anak tunggal dan satu-satunya anak perempuan kepada bekas Kabinet dan bekas Ahli Parlimen (MP) Tanjong Karang, Noh Omar, serta Profesor Institut Sains Biologi, Fakulti Sains Universiti Malaya, Aishah Salleh. Beliau merupakan satu-satunya ADUN wanita PN di Selangor serta calon wanita tunggal PN dalam Pilihan raya negeri Selangor 2023.