Nintama Rantarou

Nintama Rantarou
Fukutomi Shinbei, Inadera Rantarou, dan Sattsuno Kirimaru dari kiri ke kanan
GenreAksi, Pengembaraan, Komedi, Drama, Shōnen
Manga
Rakudai Ninja Rantarou
PengarangAmako Soubee
Penerbit Asahi Shinbunsha
Anime
Nintama Rantarou
PengarahTsutomu Shibayama
StudioAjia-do Animation Works
Penyiaran Asal NHK (dalam bahasa Jepun)
Chilevision, ETC...TV
ABC-5, HERO TV
Cartoon Network, Disney Channel, TV2, NTV7, Astro Ceria (dalam bahasa Melayu) & Astro AEC (dalam Bahasa Mandarin)
Dikeluarkan pada1993 – kini
Karya yang berkaitan
  • Nintama Rantarou - The Movie (1996)
  • Nintama Rantaro 64 Game Gallery (2000)


Nintama Rantarou merupakan satu siri anime yang diterbitkan oleh syarikat NHK bagi program pendidikan dan hiburan kanak-kanak Jepun. Ceritanya berasaskan dari sebuah manga bertajuk "Rakudai Ninja Rantarou" (Kegagalan Ninja Rantarou) oleh Amako Soubee. Ia mula muncul pada tahun 1993 dan masih ditayangkan. Pada mulanya, ia dipaparkan dalam bentuk setengah jam, dengan anggaran 12 minit sebelum iklan dan satu lagi selepas iklan. Walau bagaimanapun, kini ia telah berubah format yang memberikan tayangan 10 minit setiap segmen untuk 30 minit termasuk pembukaan (jadi, ceritanya lebih kurang 7 minit sahaja). Pada April 2002, episod-episod baru dikeluarkan berdasarkan manga jilid 29 dan mempunyai set baru bagi kredit pembukaan dan penutup.

Di Malaysia, anime ini lebih dikenali sebagai "Ninja Boys" dan Ninja Boy Rantaro.Ia pernah ditayangkan di TV2, ntv7, Astro Ceria, dan Astro AEC.