Nik Ahmad Kamil bin Nik Mahmud
Nik Ahmad Kamil Nik Mahmud | |
|---|---|
| Yang di-Pertua Dewan Rakyat | |
| Dalam jawatan 11 November 1974 – 20 Disember 1977 | |
| Didahului oleh | Chik Mohamad Yusuf Sheikh Abdul Rahman |
| Digantikan oleh | Syed Nasir Syed Ismail |
| Pesuruhjaya Tinggi Malaya ke United Kingdom | |
| Dalam jawatan 1957–1958 | |
| Didahului oleh | Othman Mohamad |
| Digantikan oleh | Tunku Ya'akob Sultan Abdul Hamid Halim Shah |
| Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu ke Australia | |
| Dalam jawatan 1956–1957 | |
| Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
| Digantikan oleh | Gunn Lay Teik |
| Menteri Besar Kelantan | |
| Dalam jawatan 1944–1953 | |
| Didahului oleh | Nik Mahmud Nik Ismail |
| Digantikan oleh | Tengku Muhammad Hamzah Tengku Zainal Abidin |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Nik Ahmad Kamil bin Nik Mahmud 7 Julai 1909 Kota Bharu, Kelantan |
| Meninggal dunia | 20 Disember 1977 (umur 68) Petaling Jaya, Selangor, Malaysia |
| Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Kampung Tunku, Petaling Jaya, Selangor |
| Parti politik |
Barisan Nasional UMNO |
| Pasangan | Puan Sri Datin Nafisah Mahmood |
| Tempat belajar | Universiti Bristol Lincoln's Inn |
| Bidang pengkhususan | Peguam, Ahli Politik |
Tan Sri Dato' Sri Setia Raja Dato' Haji Nik Ahmad Kamil bin Dato' Nik Mahmud (7 Julai 1909 – 20 Disember 1977) merupakan seorang tokoh politik Melayu yang terkenal.
Beliau dari keluarga bangsawan Kelantan, pernah menjadi Timbalan Menteri Besar Kelantan dan Menteri Besar Kelantan ke-11, menggantikan bapanya Nik Mahmud bin Nik Ismail. Beliau juga merupakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat ke-4. Beliau merupakan salah seorang yang membantu Dato' Onn Jaafar untuk berunding dengan British.