Kompleks piramid Giza
Tiga piramid utama di Giza, bersama-sama dengan piramid subsidiari dan tinggalan struktur lain | |
Lokasi di Mesir | |
| Lokasi | Giza City, Giza, Mesir |
|---|---|
| Wilayah | Mesir Tengah |
| Koordinat | 29°58′34″N 31°7′58″E / 29.97611°N 31.13278°E |
| Jenis | Monumen |
| Sejarah | |
| Zaman | Tempoh Dinasti Awal hingga Tempoh Lewat |
| Perincian tapak | |
| Tapak sesawang | |
| Sebahagian dari | "Pyramid fields from Giza to Dahshur" part of Memphis and its Necropolis – the Pyramid Fields from Giza to Dahshur |
| Termasuk |
|
| Kriteria | Cultural: i, iii, vi |
| Rujukan | 86-002 |
| Inskripsi | Sesi 1979 (ke-3 ) |
| Kawasan | 16,203.36 he (62.5615 bt2) |
Kompleks piramid Giza merupakan tapak arkeologi di Dataran Tinggi Giza, di pinggir Kaherah, Mesir. Ia termasuk tiga Piramid Besar (Khufu/Cheops, Khafre/Chephren dan Menkaure), Sfinks Agung, beberapa perkuburan, kampung pekerja dan kompleks perindustrian. Ia terletak di Gurun Barat, kira-kira 9 km (5 mi) barat sungai Nil di bandar lama Giza, dan kira-kira 13 km (8 mi) barat daya pusat bandar Kaherah.
Piramid, yang secara sejarahnya biasa digunakan sebagai lambang Mesir purba dalam imaginasi Barat, telah dipopularkan dalam zaman Helenistik, ketika Piramid Besar disenaraikan oleh Antipater Sidon sebagai salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia Purba. Ia merupakan yang paling tua dari Keajaiban Kuno dan satu-satunya yang masih wujud.