Negara pelanggan

Sebuah negara pelanggan (negara klien) dalam konteks hubungan antarabangsa ialah sebuah negara yang ditundukkan secara ekonomi, politik, dan ketenteraan kepada sebuah negara pengawal yang lebih berkuasa. Istilah alternatif untuk negara klien termasuk negara satelit, negeri bersekutu, dominion, kondominium (undang-undang antarabangsa), koloni berpemerintahan sendiri, dan neo-koloni, protektorat, negeri lindungan, negeri boneka, dan negeri ufti.