Feudalisme
Feudalisme (Perancis: féodalité, bahasa Inggeris: feudalism) merujuk kepada sistem politik di Eropah pada Zaman Pertengahan antara abad-abad ke-9 ke 15 yang mengaturkan tanggungjawab undang-undang dan ketenteraan yang saling memerlukan antara tuan tanah, petani kebanyakan yang khadam bawah (vassallus) dan hak milik tanah dipinjamkan. Dengan kata lain, dalam sistem ini petani bekerja dan menjadi askar yang setia dalam tentera bangsawan yang mengurniakan tanah pertanian yang boleh diusahakan sebagai balasan. Aturan ini bukan satu sistem politik formal pada zaman itu.