Nawi Mohamad
Nawi Mohamad | |
|---|---|
| Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi Hulu Besut | |
| Dalam jawatan 2004–2023 | |
| Didahului oleh | Abdullah Mat Dan |
| Digantikan oleh | Mohd Huzaimy Che Husin |
| Majoriti | 1,469 (PRU-14) 1,570 (PRU-13) 2,453 (PRU-12) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 16 Mei 1963 Kampung Darau, Jerteh, Terengganu |
| Parti politik | UMNO |
| Laman web | DUN Terengganu |
Datuk Haji Nawi Mohamad (lahir 16 Mei 1963) merupakan bekas ADUN Hulu Besut dari tahun 2004 hingga 2023. Beliau mempunyai 5 orang cahaya mata 4 orang daripada perkahwinan pertama sehingga (2011) dan 1 orang dari perkahwinan yang ke-2 bersama Hjh Nur Asma Ibrahim.
Kegiatan Politik beliau bermula dari menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Besut dan kemudiannya dilantik menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Besut pada tahun 1995. Beliau turut dilantik menjadi AJK UMNO Bahagian Besut, Timbalan Ketua Umno Bahagian dan kini dilantik Ketua Umno Bahagian Besut. Beliau dilantik Exco Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri.
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera Universiti Malaya. YB Nawi cukup dikenali sebagai seorang yang aktif dalam kegiatan sosial dan NGO, antaranya menjadi LEFT. Kol (Kehormat) RELA dan menjadi Pengerusi Majlis Tindakan Membenteras Dadah (MTMD) Daerah Besut . Beliau juga menjadi Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan Gerai.