Naura HD

Naura
Negara Malaysia
Ibu pejabat Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia
Pengaturcaraan
Bahasa
Format gambar16:9 HDTV (1080i)
Pemilikan
PemilikAstro Malaysia Holdings
Saluran saudaraAstro Ria
Astro Prima
Astro Oasis
Astro Warna
Astro Citra
GO Shop BAARU
Astro Rania
Astro Aura
GO Shop RUUMA
GO Shop GAAYA
Sejarah
Dilancarkan1 Oktober 2018 (2018-10-01)
MenggantikanAstro Bella
Ditutup31 Januari 2022 (2022-01-31)
Digantikan olehAstro Oasis

NAURA merupakan saluran di Astro yang merupakan sebuah saluran gaya hidup Muslim kontemporari dengan tawaran kandungan program Islamik dari dalam dan luar negara.Naura juga merupakan salah satu saluran islamik pertama dalam Pek Mustika yang telah menggantikan tempat saluran Astro Bella.

Saluran ini dilancarkan pada 1 Oktober 2018. Seleksi kandungan yang ditawarkan meliputi program yang memaparkan gaya hidup masyarakat Muslim masa kini, dokumentari, program bual bicara santai dan ceramah daripada tokoh ilmuwan terkemuka dari dalam dan luar negara, program adaptasi buku Islamik terlaris serta kandungan ringkas lagi padat yang menjawab persoalan asas mengenai Islam. Menariknya mengenai tawaran seleksi program di NAURA, setiap kandungan yang disajikan berpaksikan pada tiga elemen utama iaitu inspirasi, informatif dan hiburan. Selain itu, program di NAURA turut menampilkan ramai personaliti hit masa kini daripada pelbagai latar belakang berbeza yang sering dijadikan sumber inspirasi buat masyarakat Muslim terutamanya dalam Astro Oasis dan kalangan generasi muda.

Mulai 1 April 2020, nombor saluran OKEY telah digantikan dengan saluran 146 dan NAURA memulakan siaran di saluran 109 (dahulunya di saluran 125).

NAURA tidak hanya membawakan kandungan tempatan sahaja tetapi juga antarabangsa.

Naura ditamatkan siaran pada 1 Februari 2022 bersama dengan Star Chinese Channel, Astro TVIQ dan BabyTV. Walaubagaimanapun, rancangan Naura masih boleh strim sajian kandungan On Demand dan Astro GO dari 1 Februari 2022.