Astro Aura
| Negara | Malaysia |
|---|---|
| Kawasan penyiaran | Malaysia |
| Ibu pejabat | Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia |
| Pengaturcaraan | |
| Bahasa | Indonesia Melayu |
| Format gambar | 16:9 HDTV (1080i) |
| Pemilikan | |
| Pemilik | Astro Malaysia Holdings |
| Saluran saudara | Astro Ria Astro Prima Astro Oasis Astro Citra Astro Rania |
| Sejarah | |
| Dilancarkan | 23 Mei 2020 |
| Menggantikan | Pelangi |
| Ketersediaan | |
| Satelit | |
| Astro | Saluran 113 (HD) |
| NJOI | Saluran 113 (HD) |
| Media penstriman | |
| Astro | Astro GO / On Demand |
Astro Aura ialah saluran televisyen yang dimiliki oleh Astro dan dilancarkan pada 23 Mei 2020, sehari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri 1441H bersama saluran saudaranya, Astro Rania. Saluran ini berfokuskan kepada pengaturcaraan hiburan seperti muzik, komedi, drama ringan dan sitkom buatan Indonesia khas untuk seisi keluarga termasuk golongan muda.
Ia merupakan sebahagian pengganti kepada saluran Bintang dan Pelangi yang telah ditamatkan siaran pada 1 Jun 2020. Astro Aura dan Rania dahulunya tersedia dalam Indo Pek (November 2021 ditukarkan namanya kepada Indonesian Favourite ) sebelum dibubarkan dan keduanya dimasukkan ke dalam Base Pack pada 28 November 2024 akibat Astro merombak seluruh pakej termasuk add-on.
Astro Ria, Astro Prima, Astro Arena, Astro Warna, Astro Citra, Astro Ceria, Astro Rania, Astro Aura dan stesen radio dikawal oleh Astro yang mana siarannya berpusat di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.