Mohd Nakhaie Ahmad

Datuk Haji
Mohd Nakhaie Ahmad
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Yang Dipertua
Dalam jawatan
2000–2009
Didahului olehAbdul Hamid Othman
Digantikan olehAziz Jamaludin Mhd Tahir
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Baling
Dalam jawatan
1978–1982
Didahului olehShafie Abdullah (UMNO)
Digantikan olehSeroji Haron (UMNO)
Maklumat peribadi
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (sejak 1989)
Parti Islam Se-Malaysia (sehingga 1989)
PertalianNajmi Haji Ahmad (adik)
Kediaman Baling, Kedah

Dato' Mohd Nakhaie Haji Ahmad adalah seorang ahli politik UMNO yang pernah menjadi ahli dan Naib Presiden PAS. Beliau juga pernah mengasaskan pertubuhan ABIM pada 1975.

Kemudian beliau menyertai UMNO pada 1989 sebelum pilihan raya umum Malaysia 1990. Selepas itu dilantik menjadi Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Ketika Operasi Lalang 1987 beliau dikatakan berada di luar negara dan terlepas dari ditangkap. Beliau pernah tewas dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Ketua UMNO bahagian Baling, Kedah.

Beliau juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim). Beliau pernah dijemput oleh pihak RTM1 sebagai tetamu undangan. Tajuk popular beliau ialah 'Permasalahan Masyarakat Majmuk' secara Islam.