Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) ialah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantu dan membimbing saudara baru di Malaysia dalam bentuk kewangan mahupun ilmu agama. Saudara baru yang berjaya dibimbing akan mencurahkan bakti meneruskan dakwah dalam kalangan masyarakat.

PERKIM ditubuhkan pada 19 Ogos 1960 bertujuan membantu orang ramai yang hendak memeluk agama Islam. Perkim mempunyai 13 bahagian iaitu di setiap negeri untuk menyampaikan syiar Islam.

Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad mula memimpin PERKIM sejak 2006, memperlihatkan pendekatan kepimpinan yang strategik, berwibawa dan berpaksikan visi Islam sebagai rahmat untuk semua. Setelah 19 tahun menerajui PERKIM sebagai Yang Dipertua, Mahathir menyerahkan mandat kepimpinan kepada Abang Johari Tun Openg pada 10 Mei 2025 bersempena Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Kebangsaan Kali Ke-64 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi, Selangor. Mahathir kemudiannya dilantik sebagai Penasihat Khas PERKIM oleh Abang Johari sebagai kesinambungan kepada sumbangan besar beliau dalam pembangunan dakwah dan kebajikan Islam di Malaysia.