Sleeq

Sleeq
Juga dikenali
sebagai
SleeQ, SLQ
AsalSingapura
GenreHip hop, R&B
Tahun aktif2005–2015
Kegiatan berkaitanAaron Aziz, Najwa Latif, Ramlah Ram, Dynda, Kaka Azraff
sunting · sunting di Wikidata

Sleeq (digayakan sebagai SleeQ) merupakan kumpulan muzik dari Singapura yang membawakan genre hip-hop dan R&B, mereka menyampaikan lagu-lagu dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kumpulan ini dikenali sebagai kumpulan yang mempertaruhkan irama pop, hip-hop, R & B dan menjadi penghibur yang disegani di Singapura dan Malaysia. Telah banyak lagu-lagu dendangan kumpulan ini mendapat tempat di corong-corong radio di Singapura dan Malaysia, antaranya ialah Pilihan Aku, Cun Saja, Sembunyi dan Moviestar.

Populariti mereka di Malaysia mula diperkatakan bila lagu 'Sesaat Kau Datang' kolaborasi mereka bersama Ramlah Ram menjadi popular. Selepas itu mereka merakamkan pula lagu 'Untuk Dia' bersama Najwa Latif.

Pada 2015, kumpulan ini mengumumkan pembubaran mereka.