Musim 2025–26 Liverpool F.C


Liverpool
Musim 2025–26
PemilikFenway Sports Group
PengerusiTom Werner
PengurusArne Slot
StadiumAnfield
Liga Perdana InggerisPra Musim
Piala FAPusingan Ketiga
Piala EFLPusingan Ketiga
Liga Juara-Juara UEFAFasa Kumpulan
Piala Perisai Komuniti FAFinal

Musim 2025–26 merupakan musim ke-134 bagi Liverpool Football Club dalam sejarah mereka dan musim ke-64 berturut-turut dalam saingan tertinggi bola sepak di England. Selain liga domestik, kelab ini juga akan menyertai Piala FA , Piala EFL, Liga Juara-Juara UEFA, dan Piala Perisai Komuniti FA.

Ini merupakan musim pertama sejak musim 2015–16 tanpa kelibat Trent Alexander-Arnold yang menyertai Real Madrid pada 1 Jun 2025, dan yang pertama sejak 2019–20 tanpa Diogo Jota yang meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya pada 3 Julai 2025. Pada 11 Julai 2025, nombor jersi Jota iaitu nombor 20 telah digantung penggunaannya di semua peringkat sebagai memperingati pemergiannya.