Diogo Jota

Diogo Jota
Jota dalam pasukan Liverpool; April 2025
Maklumat peribadi
Nama penuh Diogo José Teixeira da Silva
Tarikh lahir (1996-12-04) 4 Disember 1996
Tempat lahir Porto, Portugal
Tarikh kematian 3 Julai 2025(2025-07-03) (umur 28)
Tempat kematian Cernadilla, Sepanyol
Ketinggian 1.78 m (5 ka 10 in)
Posisi permainan Pemain sayap / Penyerang
Kerjaya remaja
2005–2013 Gondomar
2013–2015 Paços de Ferreira
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2014–2016 Paços de Ferreira 41 (14)
2016–2018 Atlético Madrid 0 (0)
2016–2017Porto (pinjaman) 27 (8)
2017–2018Wolverhampton Wanderers (pinjaman) 44 (17)
2018–2020 Wolverhampton Wanderers 67 (16)
2020–2025 Liverpool 123 (47)
Jumlah 302 (102)
Pasukan kebangsaan
2014–2015 Portugal U19 9 (5)
2015–2018 Portugal U21 20 (8)
2016 Portugal U23 1 (1)
2019–2025 Portugal 49 (14)
Pengalaman
Bola sepak lelaki
Mewakili  Portugal
Liga Negara-Negara UEFA {{{3}}}
2019 Portugal
2025 Jerman

Tandatangan
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Diogo José Teixeira da Silva (4 Disember 1996 - 3 Julai 2025), dikenali sebagai Diogo Jota ialah seorang pemain bola sepak profesional Portugal muda yang pernah bermain sebagai penyerang untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool dan pasukan kebangsaan Portugal.

Jota mula bermain dengan kelab Paços de Ferreira dalam tempoh dua musim di Liga Primeira sebelum masuk ke kelab La Liga, Atlético Madrid pada tahun 2016. Jota dipinjamkan berturut-turut kepada kelab Liga Primeira, FC Porto pada tahun 2016 dan kelab Kejohanan EFL Inggeris, Wolverhampton Wanderers pada tahun 2017. Jota juga membantu Wolves mendapat promosi ke Liga Perdana Inggeris buat pertama kalinya sejak tahun 2012. Beliau kemudian bergabung dengan Wolves pada bulan Julai 2018 dengan perjanjian tetap berjumlah €14 juta yang dilaporkan dan terus membuat lebih dari 100 penampilan untuk kelab tersebut. Pada bulan September 2020, Jota menandatangani kontrak bersama Liverpool dengan bayaran yang dilaporkan bernilai €50 juta (£41 juta).

Jota adalah pemain antarabangsa Portugal yang pernah mewakili negaranya di peringkat bawah 19, bawah 21, bawah 23 tahun dan pasukan kebangsaan senior. Dia berjaya memenangi Liga Negara-Negara UEFA 2024–25.