Liga Perdana Inggeris 2024–25
| Musim | 2024–25 |
|---|---|
| Tarikh | 16 Ogos 2024 – 25 Mei 2025 |
| Jumlah perlawanan | 239 |
| Jumlah gol | 725 (3.03 per perlawanan) |
| Penjaring gol terbanyak | Mohamed Salah (21 gol) |
| Kemenangan terbesar tuan rumah | Nottingham Forest 7–0 Brighton & Hove Albion (1 Februari 2025) |
| Kemenangan terbesar pelawat | Ipswich Town 0–6 Manchester City (19 Januari 2025) |
| Gol tertinggi | Tottenham Hotspur 3–6 Liverpool (22 Disember 2024) |
| Menang berturut-turut paling lama | 6 perlawanan Newcastle United Nottingham Forest |
| Tanpa kalah paling lama | 19 perlawanan Liverpool |
| Tanpa menang berturut-turut paling lama | 13 perlawanan Southampton |
| Kalah berturut-turut paling lama | 7 perlawanan Leicester City |
| Kehadiran | 9,643,282 |
| Kehadiran tertinggi | 73,829 Manchester United 3–0 Leicester City (10 November 2024) |
| Kehadiran terendah | 11,129 Bournemouth 0–0 Crystal Palace (26 Disember 2024) |
| Purata kehadiran | 40,348 |
← 2023–24 2025–26 →
Semua statistik tepat pada 3 Februari 2025. | |
Liga Perdana Inggeris 2024–25 akan menjadi musim ke-33 Liga Perdana Inggeris serta musim ke-126 bola sepak Inggeris secara keseluruhan. Selaras dengan komitmen terdahulu yang dibuat daripada pasukan untuk menangani jadual yang padat sepanjang Krismas serta Tahun Baru, pengaturan akan dibuat untuk membolehkan lebih banyak masa untuk berehat sepanjang tiga pusingan perlawanan, tanpa pasukan yang bermain dalam tempoh 60 jam dari perlawanan lain. Pada 24 Disember 2024, tiada perlawanan secara langsung. Perlawanan akan ditetapkan untuk dikeluarkan pada 18 Jun, jam 4 petang waktu Malaysia. Musim 2024–25 akan terdiri daripada 33 pusingan hujung minggu, 4 pusingan minggu pertengahan dan sepusingan minggu perlawanan cuti.
Jendela perpindahan musim panas akan dibuka pada hari Jumaat 14 Jun 2024 dan akan ditutup pada 23:00 BST pada hari Jumaat 30 Ogos 2024. Sementara itu, jendela musim sejuk akan dibuka pada hari Rabu 1 Januari 2025 dan akan ditutup pada 23:00 GMT pada hari Isnin 3 Februari 2025 .
Musim ini akan menjadi liga yang pertama menggunakan teknologi ofsaid separa automatik, atas persetujuan daripada pasukan Liga Perdana. Teknologi ini akan disediakan untuk diperkenalkan selepas satu daripada rehat antarabangsa musim luruh.
Manchester City adalah juara Liga Perdana Inggeris berturut-turut sebanyak empat kali.