Musim 2024–25 Liverpool F.C
| Musim 2024–25 | ||||
| Pemilik | Fenway Sports Group | |||
|---|---|---|---|---|
| Pengerusi | Tom Werner | |||
| Pengurus | Arne Slot | |||
| Stadium | Anfield | |||
| Liga Perdana Inggeris | 1st | |||
| Piala FA Inggeris | Pusingan 4 | |||
| Piala EFL Inggeris | Final | |||
| Liga Juara-Juara UEFA | Pusingan Kelompok 16 | |||
| Penjaring gol terbanyak | Liga: Mohamed Salah (21) Keseluruhan: Mohamed Salah (25) | |||
| Kehadiran tertinggi | 60,420 (v. Ipswich Town, Liga Perdana Inggeris, 25 January 2025) | |||
| Kehadiran terendah | 59,546 (v. Real Madrid, Liga Juara-Juara UEFA, 27 November 2024) | |||
| Purata kehadiran | 60,298 | |||
| ||||
| ||||
Musim 2024–25 merupakan musim ke-133 dalam sejarah Liverpool F.C.b dan musim ke-63 berturut-turut mereka dalam divisyen teratas bola sepak England. Selain liga domestik, kelab ini juga mengambil bahagian dalam Piala FA, Piala EFL, dan Liga Juara-Juara UEFA.
Ini adalah musim pertama Liverpool di bawah ketua jurulatih baharu, Arne Slot, yang diumumkan sebagai pengganti Jürgen Klopp pada 20 Mei 2024. Musim ini juga merupakan yang pertama sejak 2015–16 tanpa Joël Matip dan yang pertama sejak 2019–20 tanpa Thiago, selepas kedua-duanya bersara daripada bola sepak profesional selepas kontrak mereka tamat.