Liga Juara-Juara UEFA 2024–25
Allianz Arena di Munich akan menjadi tuan rumah untuk perlawanan ini. | |
| Perincian kejohanan | |
|---|---|
| Tarikh | Kelayakan: 9 Julai – 28 Ogos 2024 Persainganr: 17 September 2024 – 31 Mei 2025 |
| Pasukan | Persaingan: 36 Jumlah: 81 (dari 53 persatuan) |
| Statistik kejohanan | |
| Jumlah perlawanan | 72 |
| Jaringan gol | 221 (3.07 per perlawanan) |
| Kehadiran | 3,037,217 (42,184 per perlawanan) |
| Penjaring terbanyak | Viktor Gyökeres (Sporting CP) Harry Kane (Bayern Munich) Robert Lewandowski (Barcelona) Raphinha (Barcelona) 5 gol |
← 2023–24 2025–26 →
Semua statistik tepat pada 6 November 2024. | |
Liga Juara-Juara UEFA 2024–25 merupakan musim ke-70 kejohanan bola sepak kelab utama Eropah yang dianjurkan oleh UEFA, dan juga musim ke-33 sejak ia dijenamakan semula daripada Piala Kelab Juara Eropah kepada Liga Juara-Juara UEFA. Ini akan menjadi musim pertama di bawah format baharu, dengan 36 pasukan mengambil bahagian yang bermain lapan perlawanan setiap satu menentang lawan yang berbeza dalam fasa liga, semua pasukan disenaraikan dalam kumpulan bersama. Ini akan meningkatkan jumlah perlawanan yang dimainkan dalam pertandingan daripada 125 kepada 189 (tidak termasuk pusingan kelayakan).
Perlawanan akhir akan berlangsung di Allianz Arena di Munich, Jerman pada 31 Mei 2025. Pemenang Liga Juara-Juara UEFA 2024–25 akan layak secara automatik ke fasa Liga Juara-Juara UEFA 2025–26, Piala Antara Benua FIFA 2025, dan mempunyai hak untuk bermain menentang pemenang Liga Europa UEFA 2024–25 pada Piala Super UEFA 2025.
Real Madrid merupakan juara bertahan, setelah memenangi kejuaraan ke-15 yang melebarkan rekod musim lalu.