Musaceae

Musaceae
Musa × paradisiaca
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Monokot
Klad: Komelinid
Order: Zingiberales
Keluarga: Musaceae
Juss.
Genus jenis
Musa
Genus
  • Ensete
  • Musa
  • Musella (turut dianggap Ensete)
  Liputan Musaceae

Musaceae atau pisang-pisangan ialah keluarga tumbuhan berbunga yang terdiri daripada tiga genus merangkumi sekitar 91 spesies, terletak dalam order Zingiberales. Keluarga ini tempatan dari Afrika dan Asia tropika.

Pokok pisang dijadikan sumber makanan dan untuk kegunaan harian. Buah Musa x paradisiaca boleh dimakan mentah atau setelah dimasak manakala umbutnya turut dijadikan rampaian dalam masakan oleh penduduk tempatan. Pokok serendah cina (Chinese dwarf banana) atau Musella lasiocarpa pula sesuai dijadikan tanaman hiasan.