Sepit udang
| Sepit udang | |
|---|---|
| Perbungaan Heliconia latispatha | |
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Alam: | Plantae |
| Klad: | Trakeofit |
| Klad: | Monokot |
| Klad: | Komelinid |
| Order: | Zingiberales |
| Keluarga: | Heliconiaceae Vines |
| Genus: | Heliconia L. |
| Sinonim | |
| |
Sepit udang atau Pisang Kaki ialah sejenis bunga dalam genus tumbuhan berbunga Heliconia. Genus ini genus tunggal dalam keluarga Heliconiacae dan mempunyai kira-kira 194 spesies diketahui yang tumbuh asal di kawasan tropika benua-benua Amerika dan Maluku, Indonesia ke kepulauan barat Lautan Pasifik.
Ia merupakan sejenis pokok hiasan yang sering ditanam di halaman rumah. Ia mempunyai bunga yang cantik dengan warna yang menarik tetapi tidak mempunyai bau. Walau bagaimanapun, pokok yang rimbun agak menyemak sekiranya tidak dijaga dengan baik.