Umbut

Umbut ialah bahagian dalam atau hujung batang tumbuhan yang masih muda, lembut, dan umumnya boleh dimakan. Bahagian ini dapat diperolehi daripada famili palma (Arecaceae) seperti kelapa (Cocos nucifera), kabung (Arenga pinnata), sagu (Metroxylon sagu), nibung (Oncosperma tigillarium syn. O. filamentosum) dan rotan (Calamus spp.). Selain itu, beberapa spesies buluh (Bambusoideae) juga memiliki umbut yang boleh dijadikan sebagai makanan.