Muhammad Fauzi Yusoff
Muhammad Fauzi Yusoff | |
|---|---|
| محمد فوزي يوسف | |
| Ketua Pembangkang Pulau Pinang | |
| Menyandang jawatan 17 November 2023 | |
| Gabenor | Ahmad Fuzi Abdul Razak (2023–2025) Ramli Ngah Talib (sejak 2025) |
| Ketua Menteri | Chow Kon Yeow |
| Didahului oleh | Muhammad Yusoff Mohd Noor (BN-UMNO) |
| Kawasan pilihan raya | Sungai Dua |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi Sungai Dua | |
| Menyandang jawatan 12 Ogos 2023 | |
| Didahului oleh | Muhamad Yusoff Mohd Noor |
| Majoriti | 5,509 (2023) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Muhammad Fauzi bin Yusoff 24 September 1971 Penang, Malaysia |
| Kerakyatan | Malaysia |
| Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia (PAS) |
| Gabungan politik lain | Perikatan Nasional (PN) |
| Pekerjaan | Ahli politik |
Muhammad Fauzi bin Yusoff (lahir 24 September 1971) merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ketua Pembangkang Pulau Pinang sejak November 2023 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (ADUN) bagi Sungai Dua sejak Ogos 2023. Beliau adalah ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS), komponen gabungan Perikatan Nasional (PN).