Muhammad Amin Zakaria
Muhammad Amin Zakaria DPCM (Perak); PhD (USM) | |
|---|---|
| Ahli Dewan Negeri Perak untuk Batu Kurau | |
| Dalam jawatan 10 April 2013 – 17 Oktober 2022 | |
| Didahului oleh | Mohd Najmuddin Elias |
| Digantikan oleh | Mohd Najmuddin Elias |
| Majoriti | 2,308 (PRU-15) 3,834 (PRU-14) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 1962 (umur 62–63) Batu Kurau, Perak |
| Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu |
| Pasangan | Datin Ainon Abu Bakar |
| Anak | 3 |
| Tempat belajar | Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Sains Malaysia |
| Pekerjaan | Ahli politik |
Dato' Dr. Muhammad Amin Zakaria (lahir 1962) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Batu Kurau selama dua penggal (2013-2022).
Bekas pengarah Kolej Profesional MARA Ayer Molek, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria menyandang ADUN Batu Kurau selama dua penggal.
Semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), beliau daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 6,168 undian ketika menentang Mohd Shahir Mohd Hassan daripada parti Pas yang mendapat 3,860 undi dengan majoriti undi sebanyak 2,308.
Kerjaya:
- ADUN Batu Kurau (2013-kini)
- Pengarah Kolej Profesional MARA Ayer Molek (2011-2013)
- Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar Kolej Profesional MARA Bandar Melaka (2009-2010)
- Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik Kolej Profesional MARA Beranang (2008)
- Pensyarah penyelaras unit kokurikulum Kolej Profesional MARA Seri Iskandar (2006-2007)
- Pegawai pendidikan MARA (2000-2001)
- Pensyarah matematik MRSM (1985-1997)
Lantikan Ahli Lembaga Pengarah:
- Ahli Lembaga Pengarah Quest International University of Perak (2014-kini)
- Ahli Lembaga Pengarah KUISAS (2013-kini)
- Ahli Lembaga Pengarah RCMP, Ipoh (2013-kini)
- Ahli Lembaga Pengarah Asrama Amanjaya Harmoni, Taiping (2013-kini)
Anugerah Darjah Kebesaran:
- Anugerah Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (P.C.M)(2014)
- Anugerah Pingkat Pekerti Terpilih (PPT) (2007)
- Anugerah Bintang Semangat Rimba 2 (2014)
Pendidikan:
- Ijazah Doktor Falsafah (special education for the gifted dan talented) USM (2008)
- Sarjana Pendidikan USM (2000)
- Diploma Pendidikan UTM (1988)
- Ijazah Sarjana Muda Sains UKM (1984)